Singkatan dalam kehidupan bukanlah pengakhiran untuk
segalanya.
Cuma ia mahu mengingatkan kita untuk hargai nyawa selagi
masih ada.
Mungkin dia mahu kita bahagiakan orang yang berada
disekeliling kita supaya mereka tak layan kita macam orang yg nak mati.
Kadang kadang lawak gak,
Kita cerita kat mereka soal penyakit kita,
Seperti kita ni dah nak mati je,
Rasa macam mintak simpati.
Kemudian mereka pon layan kita macam orang yg nak mati.
Ohhh ghooossshhhhhhhh !!!!!!
Ya Tuhan,
Bila sudah tiba ajalku,
Biarlah tiada sesiapa disekelilingku melainkan orang yg
tidak mengenaliku,
Sesungguhnya aku tidak sanggup melihat air mata mereka
mengalir keluar dihadapanku,
Sungguh aku tidak gembira untuk pergi dengan perasaan yang
sedih teramat.
Tak sanggup ku melihat air mata mereka jatuh ke bumi.
Ya Tuhan,
Biarlah segala keperitan hidup ini dialamiku seorang diri,
Jangan biarkan mereka merasanya walau sedikit.
Kau ujilah aku sehingga masaku sudah tiba,
Biarlah aku yg merasainya seorang diri,
Sungguhku menyayangi mereka Ya Tuhan.
Bila ku sudah bersamaMu Ya Tuhan,
Ingin sekali aku berjumpa denganMU,
Memohon hajat yang pasti dan sungguh sungguh padaMU,
Aku ingin memohon supaya kesemua kesayanganku dijaga olehMu
dengan baik,
Aku ingin minta kepadaMu,
Supaya mereka diringankan ujian dariMu,
Supaya mereka bahagia tanpaku,
Supaya mereka sentiasa gembira bersama dengan orang yang
mereka sayang.
Dan permintaan terakhirku,
Tempatkan mereka di syurgaMu.
Kalau boleh aku ada lagi satu permintaan yg tak masuk akal,
Eh,
Entahlah.
Aku nak jaga mereka sekali,
Cam tugas malaikat tu,
Cam dalam movie dongeng tu.
And kalau boleh,
Aku nak sentiasa melihat mereka sentiasa bilaku sudah tiada
nanti.
Sungguhku akan merindui mereka.
0 ulasan:
Post a Comment