Friday, July 18, 2014

THE FAULT IN OUR STARS (2014 movie)

written by jehanshrif on Friday, July 18, 2014 0 ulasan
before tuh, aku nak ckp, yg pasal nie aku copy sebijik dari  blog rotikaya. admin rotikaya jngn marah yee. just sekadar berkongsi :3
“It was unbearable. The whole thing. Every second worse than the last.” – Hazel Grace
The Fault in Our Stars (2014) ialah sebuah filem adaptasi yang sangat setia kepada cerita buku asalnya dengan judul yang sama, karya John Green. Buku tersebut juga sudah diterjemahkan dalam bahasa Melayu bertajuk ‘Tertulis di Bintang-Bintang’ terbitan FIXI.
Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan sepasang kekasih remaja Hazel Grace Lancaster (Shailene Woodley) dan Augustus Waters (Ansel Elgort) yang sama-sama mengidap penyakit barah yang berlainan jenis, tetapi kedua-duanya berisiko tinggi untuk meninggal dunia pada bila-bila masa. Pertemuan klise berlanggar di pusat sokongan pesakit barah menemukan kedua-duanya, lantas mereka jatuh cinta. Filem ini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.
AMARAN: Ulasan seterusnya mungkin mengandungi spoiler.
TFIOS12
Filem ini menyorot dari sisi pandang watak Hazel yang menceritakan hubungannya dengan Augustus yang berkejaran dengan sisa-sisa waktu yang masih ada. Ia diceritakan melalui voice-over dan babak sebenar yang memaparkan kronologi susah-senang, tangis-tawa, suka-duka yang begitu menghambat perasaan untuk disaksikan dan dirasai bersama penonton.
Penceritaannya dikembangkan bersulam suara Hazel yang menceritakan satu-persatu susunan perihal yang berlaku dengan nada yang begitu mirip membacakan sebuah novel, sarat dengan emosi. Saya begitu terkesan bagaimana Hazel menceritakan kisahnya di bilik ER bila dia diminta memberi petunjuk dari bilangan jari betapa kesakitannya dari skala 1-10 dimana dia pernah paling sakit katanya pada skala 9, manakala kehilangan Augustus ialah pada skala 10. Sedih.
Saya tidak menafikan bahawa perasaan sebak menonton filem ini berhasil dari babak-babak tangisan oleh Hazel atau Augustus dalam situasi-situasi yang begitu pilu. Namun ada juga kesayuan timbul bila mendengar luahan kata-kata dari mereka sahaja misalnya dalam babak pembacaan ‘eulogy’ dari Hazel kepada Augustus. Mungkin kerana durasi filem ini yang lebih 2 jam terasa memerah air mata penonton sehabisnya kerana itulah elemen pemasaran filem ini yang hendak dijual. Ia sebuah melodrama remaja yang dibikin dengan baik.
TFIOS10
The Fault in Our Stars berjaya diceritakan dengan bagus kerana para pelakonnya yang begitu menjiwai setiap watak untuk difahami tanpa perlu memaksa untuk dikasihani kerana kesakitan mereka tetapi survival mereka untuk terus hidup. Ia dipaparkan dengan jujur pada momen-momen yang betul. Kalau sakit, sakitlah. Kalau lucu, luculah.
Dialog-dialognya yang diserap dari novelnya memberikan kelebihan untuk bercerita yang disusun menjadi pertuturan kedengaran seperti biasa, tetapi begitu teliti untuk meluahkan maknanya. Diucapkan dan diberi jiwa serta rasa oleh para pelakon yang handal iaitu Shailene Woodley dan Ansel Elgort yang wajar dipuji dari barisan pelapis aktor Hollywood yang muda.
Pengembangan kisah cinta Hazel-Augustus diampu oleh subplot-subplot konflik dalaman keluarga Hazel tentang betapa kuat sokongan dan kasih-sayang ibu bapanya, Michael Lancaster (Sam Trammell) dan Frannie Lancaster (Laura Dern). Setiap kali Hazel bersuara memanggil, segeralah Farnnie datang ke bilik tidur menjenguk Hazel walaupun ada ketika ibunya sedang berkemban hendak mandi. Begitu juga watak Issac (Nat Wolff) yang kadangkala menjadi orang tengah dan sahabat senasib Hazel-Augustus yang mengisi adegan humor yang mencuit hati.
TFIOS7
Babak-babak berlatar muzik dan lagu yang beralun mengiringi penceritaan yang sesuai diadunkan bersama. Ada juga sekuen situasi aman tanpa muzik sekadar mimik dan bahasa tubuh Shailene dan Ansel yang sudah mampu mendedahkan apa yang tersirat dan tersurat. Ahhh! Filem ini kelihatan dan kedengaran sangat hampir sempurna untuk sebuah melodrama yang disulami komedi santai yang bersahaja.
Ia seakan tidak mahu merengek betapa siksa dan sakitnya penyakit barah yang Hazel dan Augustus hidapi, tetapi menyatakan bahawa inilah kisah mereka semasa sementara masih kelihatan sihat. Maksud saya, pasangan sejoli itu seolah memberi refleksi betapa pentingnya kehidupan hari demi hari walaupun mereka tahu entah esok, entah lusa semuanya akan berakhir.
Sebuah buku berjudul ‘An Imperial Affliction’ yang tergantung di bab terakhirnya, menjadi penyambung erat hubungan cinta Hazel-Augustus sekaligus mendesak misi mereka bersama sehingga ke Armsterdam untuk bertanya sendiri penulisnya, Peter van Houten (Willem Dafoe). Meskipun pertemuan mereka dengan Peter ialah sesuatu yang mengejutkan, namun ia merebak ke situasi yang lain melalui bantuan Lidewij Vliegenthart (Lotte Verbeek).
TFIOS3
Di samping itu, The Fault in Our Stars mahu menjadi filem yang diingati kerana lokasi-lokasi sebenar yang wujud misalnya ‘Anne Frank House’ dan taman ‘Funky Bones’. Sudah tentu mercu tanda itu menjadi singgahan fanatik buku dan filem ini.
Filem ini juga tidak mahu asing dari teknologi komunikasi moden masa kini. Telefon pintar yang menjadi alat penting melalui panggilan telefon dan sms/whatsapp dipaparkan berselang-seli perjumpaan bersemuka yang memanjangkan penceritaan. Cuma medium media sosial sahaja yang tidak mahu dibikin sebagai sebahagian babak, mungkin tidak mahu menjadi terlalu terikat dengan status tanpa jiwa via facebook, twitter atau instagram dan lain-lain.
Di babak-babak awal tontonan, saya agak skeptikal adakah filem ini akan berkembang sebagai salah satu lagi produk Hollywood yang mengumpan penonton remaja yang gilakan bukunya tetapi diadaptasi ke filem yang terlalu manis bergula-gula seperti siri Twilight? Sangkaan saya begitu meleset kerana setelah habis menonton, saya akui ia merupakan sebuah filem kisah remaja yang matang isi dan penceritaannya.
TFIOS1

KESIMPULAN

THE FAULT IN OUR STARS (2014) umpama mengiyakan kehendak pasangan kekasih yang mahu ‘sehidup semati’. Namun giliran untuk menemui ajal itu sudah tersurat yang mana pergi dahulu dan kemudian. Siapa yang tinggal mesti kuat semangat dan tahan menangis!

Sunday, July 13, 2014

#13072014

written by jehanshrif on Sunday, July 13, 2014 0 ulasan
aku tak tahu kenapa dengan aku hari ni.
serupa tak keruan diri ini.
ini tak kene.
itu tak kene.
semua rasa kurang sempurna.
assignment dah start buat sikit sikit.
cuma sekarang nie nga stuck.
Allahu.
berikanlah hambamu ini kekuatan.
kekuatan dari segi menyiapkan semua kerja yang diberi oleh lecture lecture kesayangan ku.
muaahhahah :3

just a few days only want to submit assignment.
so from now i start do my assignment.
i don't want submit late.
i want be a best student.

now it's not just a dreaming,
i wish it become true.

INSHAALLAH AMIN.....

Sunday, July 6, 2014

#06072014

written by jehanshrif on Sunday, July 06, 2014 0 ulasan
RINDU

aku terlalu rindukan seseorang.
seseorang yang sentiasa hadir dalam hidup aku tatkala aku susah mahupun senang.
dia banyak mengajar aku erti kesabaran,
kekuatan dari segi fizikal mahupun mental.

tatkala aku kesunyian dialah penghibur hati.
tatkala aku kesedihan dialah pengubat lara.

dia tidak banyak beza seperti manusia lain.
dia punya mata, 
punya hati,
punya perasaan,
punya akal fikiran.

sama bukan?

apa yang membezakan dia dengan yang lain hanyalah,
sikap serta cara ...

SAYANG

seseorang pasti menjadi kesayangan kita bukan?

siapa?

entah.

mungkin orang yang berdekatan,
mungkin juga orang yg jauh dari kita,
mungkin juga orang yang tidak dikenali.

kepastian itu mesti pada hati.
supaya ia nampak ikhlas pada diri.

siapa tahu bukan.
tapi Tuhan tahu segalaNya.

setiap disudut hati kita.
pasti lahirnya kasih mahupun sayang.

bukan kita mintak itu semua.

tapi semua itu TUHAN yang beri pada kita.

terima?

ya kita mesti terima 
serta
syukur akan pemberianNya.

dimana kita berada.

siapa kita .

kita tetap hamba TUHAN

Friday, July 4, 2014

#04072014

written by jehanshrif on Friday, July 04, 2014 0 ulasan
i lost my memories about them
whom?
them!
who them?

i don't know.
forgive me




Tuesday, July 1, 2014

#01072014

written by jehanshrif on Tuesday, July 01, 2014 0 ulasan

ASSALAMUALAIKUM 

HOW ARE YOU READERS?
HOW YOUR DAYS?
OKAY.
NOW DAH MASUK BULAN 7.
SOO TERINGIN NAK KASI SATU CERITA TENTANG AKU.
TENTANG LIFE AKU.
CERITA TENTANG KEHIDUPAN AKU DINEGERI ORANG.


SEKARANGKAN BULAN PUASA.
PUASA YANG KEDUA.
TERASA DAH MACAM ORANG PERANTAUAN.
YE LAH
PUASA KAT TEMPAT ORANG.
BETUL BETUL JAUH DARI FAMILY.
TULAH,
DULU NAK SANGAT STUDY JAUH JAUH.
NI BILA DAH DAPAT JAUH ..... 
HAHHAA
NANTI BILA DAH MASUK PUASA YANG KE-22 ,
GENAPLAH UMURKU 18 TAHUN .
SEBAB AKU DILAHIRKAN 22 RAMADHAN 1416 HIJRAH.

MAAF,
TERLARI TAJUK LAK.

OKAY.

IKUTKAN LEPAS HABIS SPM NAK SAMBUNG ENGINEERING.
TAPI, RESULT TAK BAGUS MANA KATAKAN.
SOO, AKU PON PILIH BODOH BODOH LAH.
BAK KATA ORANG ,
PILIH MASA DEPAN TANPA MENGGUNAKAN OTAK.

THEN CHECK UPU,
STILL TAK DAPAT MANA MANA IPTA.

IPTS LAK TAK HENTI HENTI HANTAR SURAT TAWARAN KAT AKU.

THEN MEMANG DAH PATAH HATI KATAKAN.
KALAU TAK , MEMANG TAK NAK BUAT RAYUAN UPU.
BUT AKK TETAP SURUH BUAT RAYUAN.


B4 TUH AKU DH DAPAT TAWARAN KE UNIKL MITEC DALAM KOS INDUSTRIAL LOGISTICS.
SEJUJURNYA AKU TAK TAHU PON APA KOS TUH.
APA YANG AKAN AKU BELAJAR.

THEN BILA DH TAK DAPAT MANA MANA IPTA,
TAK DAPAT SAMBUNG ENGINEERING,
MEMANG AKU TEKAD UNTUK TERIMA TAWARAN UNIKL.
DAN DALAM MASA YANG SAMA,
AKU RELA MELEPASKAN DARI SAMBUNG ENGINEERING.

LAGI BEBERAPA HARI NAK DAFTAR UNIKL

AKU DAPAT KAT POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH BEHRANG(PSAS).
IAITU KOS CIVIL ENGINEERING

TIME TUH  TUHAN JE TAHU CAMNE HATI AKU NAK PILIH SALAH SATU.
LAGIPON INI MELIBATKAN MASA DEPAN.

ENGINEERING SEMEMANGNYA IMPIAN AKU.
MINAT AKU.

LOGISTICS TAWARAN PERTAMA YANG AKU TERIMA.

EVEN HANYA DUA PILIHAN,
AKU TETAP DALAM DILEMA.

TAPI SEBELOM AKU TERIMA TAWARAN UNIKL,
AKU DAH SURVEY APA ITU LOGISTICS.

AND LASTLY AKU CHOOSE LOGISTICS.
EVEN BERAT HATI NAK LEPASKAN ENGINEERINGNYER KOS.
TAPI AKU YAKIN,
ITULAH YANG TERBAIK.

PERANCANGAN TUHAN LEBIH BAIK DARI PERANCANGAN MANUSIA.
AKU PERCAYA.

AKU LEPASKAN ENGINEER TAK BERMAKNA AKU LEPASKANNYA TERUS.
INSHAALLAH.
ONE DAY
AKAN AKU CUBA DAPATKAN JUGA GELARAN I.R..


 PADA 21 JUN 2014 BERMULAH PERJALANANKU SEBAGAI SEORNG YANG BERGELAR MAHASISWI.
SERONOK?
BOLEHLAH, SEBAB TAK KENE PAKAI UNIFORM SEKOLAH DAH.

MINGGU MSR KAMI HANYA SELAMA 4 HARI.

THANKS TO OC SEBAB LAYAN KAMI SEBAIKNYA .
TERIMAKASIH JUGA SEBAB SEDIAKAN PROGRAM YANG SANGAT MENYERONOKKAN.


THEN 26/6/2014 AKU GI KELUAR PERGI PASIR GUDANG.
KONONNYA KELUAR NAK PI CIMB LAH.
PERGI PERGI,
CIMB TAK BUKAK.
SEBAB APA.
SEBAB JOHOR MENANG BOLA.

HAHHA

MENANGIS AKU SEBAB PENAT BERJALAN.
SOO TERUS LA PI SHOPPING KAT KOMPLEKS PASIR GUDANG.
LEPASTU BELI TIKET BALEK RAYA.

THEN KEESOKANNYA ,
AKU PI LAGI.
AND
ALHAMDULILLAH CIMB BUKAK.
EVERYTHING DONE.

OKAY.
PASAL BILIK PULAK.
SATU BILIK 2 ORANG.
ROOMMATE AKU ORANG KL.
KALAU TAK SILAP AKU LAH. 
HAHHA
AKU PANGGIL DIA INDAH

BILIK AKU BAWAH SEKALI.
CAM KAT BRASH.
HAHHA
RINDU LAK KAT BRASH.

TAPI BILIK NIE CEPAT BERKUAP.
SEBAB DEPAN , KIRI , KANAN BANGUNAN.
SOO KENE ALWAYS BUKAK TINGKAP.


NOW NAK CERITA PASAL SAHABAT @ BUDDIES KAT SINI.
OKAY,
AKU PAKAI TAIP JE NAMA YANG KELUAR DARI KEPALA AKU NIE.

IZZATI = MELAKA
AISYAH=PENANG
MIMI=KELANTAN

AKU KENAL MEREKA BERTIGA NIE DARI GROUP 8 AKU.
THEN AISYAH NGN MIMI LAK DAK SATU KELAS AKU. 
SOO KALAU NAK PI KELAS TUH,
MEMANG NGAN DIORANG JE LAH.
THEN ALHAMDULIILLAH TERUS RAPAT.

FAIRUZ=KL
DALILAH=PENANG
WANI=KL
DINIE-TERENGGANU

AKU HARAP PERSAHABATAN KITA KEKAL SELAMANYA.

ALHAMDULILLAH AKU SERONOK KAT SINI.
MAAF KAN AKU.
SELAMA PERKENALAN KITA INI.

HARAP KITA SEMUA KEKAL SEBAGAI BUDDIES SELAMA TIGA TAHUN DISINI DAN SELAMA KITA MASIH HIDUP MALAH KEKAL HINGGA SYURGANYA.

APA YANG BESTNYER KAT UNIVERSITI AKU NIE,
PUNYA PEMANDANGAN YANG CANTIK.
PUNYA TAMAN YANG CANTIK.
PUNYA TASIK YANG LUAS


AND DEPAN U KAMI ADA TASIK BIRU.





HONESTLY TASIK NIE SEMEMANGNYER TERSANGATLAH CANTIK.
SUBAHANALLAH

ACT BNYAK LAGI NAK STORY.
INSYAALLAH GAMBAR YANG LAIN NANTI AKU UPDATEKAN.

ESOK LAK KENE SETTELKAN PINJAMAN MARA.
WISH ME LUCK HERE.

TQ




 

♕HAF STORY ♕ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea