Saturday, December 27, 2014

definisi rekaanku

written by jehanshrif on Saturday, December 27, 2014 0 ulasan
sebuah penantian yang berhenti seketika,
menyebabkan perlanggaran antara sel sel yang sedang berhubung bertembung,
maka terjadilah perkembangan otak yang bakal meletup,
iaitu stress.

Friday, December 12, 2014

singkatan waktu - #121214

written by jehanshrif on Friday, December 12, 2014 0 ulasan
Singkatan dalam kehidupan bukanlah pengakhiran untuk segalanya.
Cuma ia mahu mengingatkan kita untuk hargai nyawa selagi masih ada.
Mungkin dia mahu kita bahagiakan orang yang berada disekeliling kita supaya mereka tak layan kita macam orang yg nak mati.
Kadang kadang lawak gak,
Kita cerita kat mereka soal penyakit kita,
Seperti kita ni dah nak mati je,
Rasa macam mintak simpati.

Kemudian mereka pon layan kita macam orang yg nak mati.

Ohhh ghooossshhhhhhhh !!!!!!

Ya Tuhan,
Bila sudah tiba ajalku,
Biarlah tiada sesiapa disekelilingku melainkan orang yg tidak mengenaliku,
Sesungguhnya aku tidak sanggup melihat air mata mereka mengalir keluar dihadapanku,
Sungguh aku tidak gembira untuk pergi dengan perasaan yang sedih teramat.
Tak sanggup ku melihat air mata mereka jatuh ke bumi.

Ya Tuhan,
Biarlah segala keperitan hidup ini dialamiku seorang diri,
Jangan biarkan mereka merasanya walau sedikit.
Kau ujilah aku sehingga masaku sudah tiba,
Biarlah aku yg merasainya seorang diri,
Sungguhku menyayangi mereka Ya Tuhan.

Bila ku sudah bersamaMu Ya Tuhan,
Ingin sekali aku berjumpa denganMU,
Memohon hajat yang pasti dan sungguh sungguh padaMU,
Aku ingin memohon supaya kesemua kesayanganku dijaga olehMu dengan baik,
Aku ingin minta kepadaMu,
Supaya mereka diringankan ujian dariMu,
Supaya mereka bahagia tanpaku,
Supaya mereka sentiasa gembira bersama dengan orang yang mereka sayang.

Dan permintaan terakhirku,
Tempatkan mereka di syurgaMu.

Kalau boleh aku ada lagi satu permintaan yg tak masuk akal,
Eh,
Entahlah.
Aku nak jaga mereka sekali,
Cam tugas malaikat tu,
Cam dalam movie dongeng tu.

And kalau boleh,
Aku nak sentiasa melihat mereka sentiasa bilaku sudah tiada nanti.

Sungguhku akan merindui mereka.


#121214

written by jehanshrif on Friday, December 12, 2014 0 ulasan
Terimakasih Tuhan untuk segalanya,
sungguhku tidak sedar masa berlalu dengan pantas.
Sungguhku pasti merindui mereka.
Ya, aku pasti merindui mereka.


Tuesday, December 9, 2014

untukmu bernama sahabat (:

written by jehanshrif on Tuesday, December 09, 2014 0 ulasan
Bismillah.
duhai sahabatku yang ku cintai.
Ketahuilah niatku yang sebenar mengapa aku berada disini.
Ketahuilah bahawa aku adalah manusia yang lain dan tak pernah kamu jumpa.
Ketahuilah bahawa aku manusia bertopengkan ribuan manusia yang lain.
Dan ketahuilah kamu bahawa aku manusia yang bukan seperti kamu lihat.

Aku lebih menyukai berada didunia aku sendiri.
Aku lebih suka berdiri dikaki ku sendiri.
Aku lebih suka hidup seorang diri.

Bagi aku dunia ini terlalu kejam untukku teruskan kehidupan.
Bagi aku, dunia inilah punca manusia jadi binatang.

Kadang kadang aku hidup dengan ideology aku sendiri.
Aku suka fikir lebih mendalam.
Lebih meluas.

Ya benar,
Dari kecil aku sudah didedahkan agama dengan baik sekali.
Tapi entah mengapa.
Apabila aku makin dewasa,
Kehidupan aku makin terserong.
Aku sedar akan itu.
Tetapi aku tidak terdaya untuk mengubahnya.
Aku lemah.
Aku benci dengan diri aku.

Andai bunuh diri itu tidak dapat apa apa,
Sudah pasti aku sudah tiada didunia ini lagi.

Sudah pasti aku didatang dua malaikat yang menanyakan amalan dunia selama aku hidup.
Sudah pasti aku dihentam seteruk kerana aku tidak bersujud kepada Tuhanku.
Sudah pasti aku menjerit meminta pertolongan supaya aku dihidupkan semula.

Kehidupan aku dahulu sungguh bahagia.
Kehidupan aku dulu penuh dengan kasih dan sayang.
Kehidupan aku dulu penuh dengan warna warna keceriaan.

Tapi kini,
Kehidupan aku penuh dengan kejahilan.
Kehidupan aku penuh dengan dosa.

Berkali aku cuba bertaubat.
Berkali aku cuba untuk kembali kepadaNya.
Berkali aku cuba tetapkan hati hanya untukNya.
Dan berkali jugalah aku gagal.

Andai masa dapat diputarkan semula.
Aku pasti tetapkan hati ku ini terus untukMu Ya Tuhanku.
Tidak sesekali ku cuba tetapkan hati ni untuk yang lain walau hal keduniaan.

Aku sayang akan ibu bapaku.
Tapi kerana kedegilanku menyebabkan aku berani bersuara dihadapan mereka.
Disebabkan kedegilanku menyebabkan aku berani meninggikan suara dihadapan mereka.
Disebabkan kedegilanku aku hilang hormat kepada mereka walau seketika.
Dan disebabkan kedegilan aku,
Aku buat mereka menangis.
Aku tahu salah.
Aku sedar aku ini anak derhaka.
Aku sedar aku ini anak yang suka  menyusahkan kedua orang tuanya.
Ye aku sedar mereka telah banyak menghabiskan wang demi aku.
Mereka sanggup berpenat untuk kebahagiaan aku.
Mereka sanggup kelaparan kerana aku.
Mereka sanggup tidak menukar pakaian kerana aku.
Mereka sanggup membanting tulang dari pagi hingga kepetang hanya kerana untuk menggembirakan aku.

Aku minta apa yang mereka tidak mampu.
Aku mengherdik mereka kerana mereka tak menurutiku.
Bila aku tidak dapat sesuatu,
Aku mula pikir yang mereka tidak menyayangiku.
Mereka berkira dengan anak sendiri.

Bukan aku tidak mengerti.
Bukan aku sengaja.
Tetapi kerana dunia.
Kerana dunia membuat aku leka.
Kerana dunia aku jadi sebegini.


Sungguh ibu bapaku membelaku dengan penuh kasih dan sayang.
Sungguh mereka mengajarku agama dari aku kecil lagi.
Ye aku sedar akan semua itu.

Tidak dapat aku bayangkan jika mereka tiada didunia ini lagi.
Tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaanku jika suatu hari nanti aku mendapat kabar berita dari adik beradikku sendiri bahawa ibu atau bapaku sudah tiada lagi.
Tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaanku ketika melihat tubuh kaku mereka.
Tidak aku dapat bayangkan ketika melihat wajah adik beradikku ketika itu.
Pasti waktu itu beribu sesalan yang akan hadir dalam diri aku.

Pada waktu itu pasti aku memohon kepada Tuhan agar masa dapat diputar semula.


Pada ketika itu,
Ingatanku pasti memaksaku untuk mengingati semua perkara yang mereka lakukan.

Pada saat itu,
Ingatnku pasti memaksaku untuk mencari pengorbanan yang telah mereka lakukan terhadap kita yang selama ini kita anggap mereka itu jahat, keji, hina, memalukan, menyusahkan.

Pada masa itu,
Pasti ku tidak mampu menahan air mata yang mengalir laju umpamakan air terjun yang sedang mengalir.

Yang pasti.
Seribu penyesalan yang menyelubungi hidup kita pada saat itu.
Tapi apakan daya.
Semuanya sudah terlambat pada waktu itu.

Aku lemah.
Aku tidak terdaya untuk melawan syaitan yang dah Berjaya menetap dihati ini.
Aku cuba untuk mensucikannya semula.

Ye aku sedang cuba.
Aku melakukannya secara perlahan lahan.
Aku cuba melakukan yang terbaik,
Supaya aku dapat pulang semula kejalan yang benar.

Teringin sekali selama 24 jam aku ingin saja mengingati Tuhan berbanding hal keduniaan.
Setelah aku Berjaya,
Aku akan cuba lagi untuk 24 jam seterusnya.
Sama juga untuk hari hari setrusnya
Sehinggalah aku pergi menghadapNya.

Aku percaya,
Pada ketika itu,
Aku pasti akan menjadi orang paling bahagia dan tidak sabar untuk menhadapNya.
Aku pasti tidak sabar untuk menerima buku amalanku ditangan kanan.
Ye sungguh aku tidak sabar.

Duhai sahabat yang ku sayangi.
Hidup didunia ini hanya sekali.
Hidup didunia ini penuh dengan kelekaan.

Sahabat yang ku sayangi.
Andai suatu hari kamu Nampak aku leka dengan hal keduniaan,
Tegurlah aku.
Andai kamu Nampak aku tidak sujud kepadaNya,
Ajaklah aku sujud bersama.
Andai aku terlajak waktu,
Ingatkanlah aku untuk menggantikannya.

Sahabat.
Setiap  kali aku melihat wajahmu tersenyum,pasti aku turut tersenyum.
Jika aku terlihat wajahmu muram,
Aku pasti akan cuba membuat kamu tersenyum kembali.

Sahabatku,
Maafkan aku kerna sering mnyakitkan hatimu dengan kata kata kasarku.
Bukan itu maksudku.
Tatkla aku berkata kepadamu,
Aku ingin menegurmu,
Aku tahu caraku salah.
Maafkan aku.

Sahabat syurgaku,
Ingatlah,
Kasih ibu bapa adalah penting,
Kerana kasih mereka boleh bawa hingga kesyurga.
Dan ingtlah,
Kasih orang lain melainkan orang tuamu,
Adalah kasih nafsu.
Manakala,
Kasih Ilahi adalah kasih abadi.

Aku mohon padamu sahabat.
Mohon jangan jadi manusia sepertiku.
Jadilah manusia yang takut akan Tuhannya.
Ingat !
Jangan jadi sepertiku !

Dan ingatlah,
Doa orangtuamu lah yang boleh membawa kamu Berjaya didunia dan akhirat.
Kerna doa merekalah paling mustajab dan didengari dan diterima Tuhan.

Jangan sesekali cuba jatuhkan air mata mereka dengan sikapmu.
Tetapi,
Buatlah mereka menangis kerna kejayaanmu.
Cuba sekali kamu buat mereka tersenyum.
Pastinya kamu Nampak senyuman kebahagiaan dan kegembiraan mereka.
Dan jangan sesekali kamu lupa berdoa untuk kedua orangtuamu.
Disitulah menunjukkan taat dan sayang kita akan kedua orang tua kita.


Sahabat,
Teringin benar sekali aku ingin punya sahabat hingga ke syurga.
Ingin sekali punya sahabat Berjaya bersama sama,
Ingin sekali aku impikan kita bergambar bersama,
Sambil memegang segulung ijazah yang diimpikan selama ini.
Ingin sekali melihat kita Berjaya bersama.

Mungkin lepas ini kita tidak sebilik lagi.
Pada saat itu,
Aku akan merindui kalian.
Aku akan merindui untuk bergelak tawa bersama.
Pasti sekali aku tersangat rindu untuk ‘drop’ korang.

Satu sem yang tidak berapa panjang sebenarnya telah Berjaya membina berjuta kenangan di sebuah bilik yang tak seberapa besar ini.
Dan apa yang pastinya,
Aku cuba untuk tidak melupakannya.

Andai satu masa hadapan nanti kita terpisah,
Inshaallah akanku cuba mencari jejak jejakmu semula.
Akanku cuba mencari khabar berita kalian semula.

Pada waktu itu,
Aku pasti semuanya sudah Berjaya dengan kerjaya masing masing.

Andai ditakdirkan tiada khabar tentang perihalku lagi,
Jangan lupakan aku.
Doakan yang terbaik untukku.

Maafkan salah silapku.
Maafkan keterlanjuran bahasa.
Maafkan segalanya.
Semoga suatu masa nanti mengizinkan kita untuk bersama semula.
Barsama semula di tempat kekal abadi.
Di syurga.
Inshaallah aminn.

Terimaksih kerana hadir dalam hidup aku.
Terimakasih kerana menceriakan aku.
Terimakasih kerana sentiasa buatku tersenyum.
Terimakasih atas segalanya sahabat.

Semoga Berjaya didunia dan diakhirat.
Dan
Semoga sentiasa dirahmati Tuhan dan sentiasa dibawah jaganNya.














Monday, December 8, 2014

WE ARE A TEAM OF CHARLIE CHAPLIN #061214

written by jehanshrif on Monday, December 08, 2014 0 ulasan
assalamualaikum

diberi 5 hari untuk berlatih kawad.

walhal tak semua tahu berkawad.
tapi alhamdulillah dengan adanya senior yang beribawa dan  comel serta baik hati ,
dapat gak kami berlatih dengan baik sekali.
thanks kepada pelatih sebab sabar mengajar kami.
dah hasilnya adalah sangat membanggakan sebab selama kami berlatih, 
even tak dalam keadaan serius ,
kami tetap hebat.
hebat sebab kami bersatu padu dalam kumpulan. itu yang penting sebenarnya.
dan lagi satu, disebabkan kami mulakan latihan dengan doa serta tawakkal.

alhamdulillah kami menang kawad tempat kedua
dan explorace tempat pertama.
time latihan kawad (charlie B)

warm up



                         (charlie A)


























alhamdulillah nilah hamper kami. soo juara keseluruhan adalah TEAM 2.
sebab team 2 adalah daripada team charlie dan delta.
bersabarlah ye team bravo dan alpha.
WE ARE A TEAM
CHARLIE CHAPLIN

roommate 310 #8/12/14

written by jehanshrif on Monday, December 08, 2014 0 ulasan
assalamualaikum

warkah kepada roommate tercinta iaitu bella dan indah.
okay, firstly aku nak mintak maaf sebab always sakitkan hati korang.
selalu gurau kasar,
drop or perli korang,
selalu jadi jahat,
menyusahkan korang,
buli korang,
dan maaf sesangat sebab always terpuji korang.

for the first sight aku kenal korang,( indah time short sem, and bella time sem 1)
such a stranger.
but akhirnya bilik ni meriah cam 10 orang penghuninya.

and alhamdulillah sekarang kita dah cam best buddies.
bagi aku lah.
eh tak,
dah cam adik beradik.
okay lupakan

okay.
just tinggal lagi beberapa hari je kita jadi roommate right?
tak lama je lagi.
then dapat roommate lain.
lain lah kalau rezeki kita lagi dapat sebilik.
memang gila la balik jadinya bilik ni.

lepas ni mesti rindu nak karok ngan korang.
rindu nak jadi backup singer bella.
rindu nak study sama sama ngan korang.( study lah sangat)
rindu nak pi cafe sesama( tak selalu pi cafe sesama pon)
yang paling aku akan rindu adalah,
gelak tawa bersama korang.

pasti aku akan rindukan suasana sebegitu.

honestly,
alhamdulillah seronok dapat kenal korang.

banyak benda yang aku dapat belajar dari korang.
cuma korang perasan or tak je.

final pon dah dekat.
cuma aku nak wish kepada semua warga mitec,
selamat berjuang mencapai pointer teratas
and 
goodluck yang teristimewa buat   roommate tercinta.
semoga korang dapat capai impian yang diimpikan masing masing

may our friendship till jannah.
inshaallah amin.




 

♕HAF STORY ♕ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea