Bismillah.
duhai sahabatku yang ku cintai.
Ketahuilah niatku yang sebenar mengapa aku berada disini.
Ketahuilah bahawa aku adalah manusia yang lain dan tak
pernah kamu jumpa.
Ketahuilah bahawa aku manusia bertopengkan ribuan manusia
yang lain.
Dan ketahuilah kamu bahawa aku manusia yang bukan seperti
kamu lihat.
Aku lebih menyukai berada didunia aku sendiri.
Aku lebih suka berdiri dikaki ku sendiri.
Aku lebih suka hidup seorang diri.
Bagi aku dunia ini terlalu kejam untukku teruskan kehidupan.
Bagi aku, dunia inilah punca manusia jadi binatang.
Kadang kadang aku hidup dengan ideology aku sendiri.
Aku suka fikir lebih mendalam.
Lebih meluas.
Ya benar,
Dari kecil aku sudah didedahkan agama dengan baik sekali.
Tapi entah mengapa.
Apabila aku makin dewasa,
Kehidupan aku makin terserong.
Aku sedar akan itu.
Tetapi aku tidak terdaya untuk mengubahnya.
Aku lemah.
Aku benci dengan diri aku.
Andai bunuh diri itu tidak dapat apa apa,
Sudah pasti aku sudah tiada didunia ini lagi.
Sudah pasti aku didatang dua malaikat yang menanyakan amalan
dunia selama aku hidup.
Sudah pasti aku dihentam seteruk kerana aku tidak bersujud
kepada Tuhanku.
Sudah pasti aku menjerit meminta pertolongan supaya aku
dihidupkan semula.
Kehidupan aku dahulu sungguh bahagia.
Kehidupan aku dulu penuh dengan kasih dan sayang.
Kehidupan aku dulu penuh dengan warna warna keceriaan.
Tapi kini,
Kehidupan aku penuh dengan kejahilan.
Kehidupan aku penuh dengan dosa.
Berkali aku cuba bertaubat.
Berkali aku cuba untuk kembali kepadaNya.
Berkali aku cuba tetapkan hati hanya untukNya.
Dan berkali jugalah aku gagal.
Andai masa dapat diputarkan semula.
Aku pasti tetapkan hati ku ini terus untukMu Ya Tuhanku.
Tidak sesekali ku cuba tetapkan hati ni untuk yang lain
walau hal keduniaan.
Aku sayang akan ibu bapaku.
Tapi kerana kedegilanku menyebabkan aku berani bersuara
dihadapan mereka.
Disebabkan kedegilanku menyebabkan aku berani meninggikan
suara dihadapan mereka.
Disebabkan kedegilanku aku hilang hormat kepada mereka walau
seketika.
Dan disebabkan kedegilan aku,
Aku buat mereka menangis.
Aku tahu salah.
Aku sedar aku ini anak derhaka.
Aku sedar aku ini anak yang suka menyusahkan kedua orang tuanya.
Ye aku sedar mereka telah banyak menghabiskan wang demi aku.
Mereka sanggup berpenat untuk kebahagiaan aku.
Mereka sanggup kelaparan kerana aku.
Mereka sanggup tidak menukar pakaian kerana aku.
Mereka sanggup membanting tulang dari pagi hingga kepetang
hanya kerana untuk menggembirakan aku.
Aku minta apa yang mereka tidak mampu.
Aku mengherdik mereka kerana mereka tak menurutiku.
Bila aku tidak dapat sesuatu,
Aku mula pikir yang mereka tidak menyayangiku.
Mereka berkira dengan anak sendiri.
Bukan aku tidak mengerti.
Bukan aku sengaja.
Tetapi kerana dunia.
Kerana dunia membuat aku leka.
Kerana dunia aku jadi sebegini.
Sungguh ibu bapaku membelaku dengan penuh kasih dan sayang.
Sungguh mereka mengajarku agama dari aku kecil lagi.
Ye aku sedar akan semua itu.
Tidak dapat aku bayangkan jika mereka tiada didunia ini
lagi.
Tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaanku jika suatu
hari nanti aku mendapat kabar berita dari adik beradikku sendiri bahawa ibu
atau bapaku sudah tiada lagi.
Tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaanku ketika
melihat tubuh kaku mereka.
Tidak aku dapat bayangkan ketika melihat wajah adik
beradikku ketika itu.
Pasti waktu itu beribu sesalan yang akan hadir dalam diri
aku.
Pada waktu itu pasti aku memohon kepada Tuhan agar masa
dapat diputar semula.
Pada ketika itu,
Ingatanku pasti memaksaku untuk mengingati semua perkara
yang mereka lakukan.
Pada saat itu,
Ingatnku pasti memaksaku untuk mencari pengorbanan yang
telah mereka lakukan terhadap kita yang selama ini kita anggap mereka itu
jahat, keji, hina, memalukan, menyusahkan.
Pada masa itu,
Pasti ku tidak mampu menahan air mata yang mengalir laju
umpamakan air terjun yang sedang mengalir.
Yang pasti.
Seribu penyesalan yang menyelubungi hidup kita pada saat
itu.
Tapi apakan daya.
Semuanya sudah terlambat pada waktu itu.
Aku lemah.
Aku tidak terdaya untuk melawan syaitan yang dah Berjaya
menetap dihati ini.
Aku cuba untuk mensucikannya semula.
Ye aku sedang cuba.
Aku melakukannya secara perlahan lahan.
Aku cuba melakukan yang terbaik,
Supaya aku dapat pulang semula kejalan yang benar.
Teringin sekali selama 24 jam aku ingin saja mengingati
Tuhan berbanding hal keduniaan.
Setelah aku Berjaya,
Aku akan cuba lagi untuk 24 jam seterusnya.
Sama juga untuk hari hari setrusnya
Sehinggalah aku pergi menghadapNya.
Aku percaya,
Pada ketika itu,
Aku pasti akan menjadi orang paling bahagia dan tidak sabar untuk
menhadapNya.
Aku pasti tidak sabar untuk menerima buku amalanku ditangan
kanan.
Ye sungguh aku tidak sabar.
Duhai sahabat yang ku sayangi.
Hidup didunia ini hanya sekali.
Hidup didunia ini penuh dengan kelekaan.
Sahabat yang ku sayangi.
Andai suatu hari kamu Nampak aku leka dengan hal keduniaan,
Tegurlah aku.
Andai kamu Nampak aku tidak sujud kepadaNya,
Ajaklah aku sujud bersama.
Andai aku terlajak waktu,
Ingatkanlah aku untuk menggantikannya.
Sahabat.
Setiap kali aku
melihat wajahmu tersenyum,pasti aku turut tersenyum.
Jika aku terlihat wajahmu muram,
Aku pasti akan cuba membuat kamu tersenyum kembali.
Sahabatku,
Maafkan aku kerna sering mnyakitkan hatimu dengan kata kata
kasarku.
Bukan itu maksudku.
Tatkla aku berkata kepadamu,
Aku ingin menegurmu,
Aku tahu caraku salah.
Maafkan aku.
Sahabat syurgaku,
Ingatlah,
Kasih ibu bapa adalah penting,
Kerana kasih mereka boleh bawa hingga kesyurga.
Dan ingtlah,
Kasih orang lain melainkan orang tuamu,
Adalah kasih nafsu.
Manakala,
Kasih Ilahi adalah kasih abadi.
Aku mohon padamu sahabat.
Mohon jangan jadi manusia sepertiku.
Jadilah manusia yang takut akan Tuhannya.
Ingat !
Jangan jadi sepertiku !
Dan ingatlah,
Doa orangtuamu lah yang boleh membawa kamu Berjaya didunia
dan akhirat.
Kerna doa merekalah paling mustajab dan didengari dan
diterima Tuhan.
Jangan sesekali cuba jatuhkan air mata mereka dengan
sikapmu.
Tetapi,
Buatlah mereka menangis kerna kejayaanmu.
Cuba sekali kamu buat mereka tersenyum.
Pastinya kamu Nampak senyuman kebahagiaan dan kegembiraan
mereka.
Dan jangan sesekali kamu lupa berdoa untuk kedua orangtuamu.
Disitulah menunjukkan taat dan sayang kita akan kedua orang
tua kita.
Sahabat,
Teringin benar sekali aku ingin punya sahabat hingga ke
syurga.
Ingin sekali punya sahabat Berjaya bersama sama,
Ingin sekali aku impikan kita bergambar bersama,
Sambil memegang segulung ijazah yang diimpikan selama ini.
Ingin sekali melihat kita Berjaya bersama.
Mungkin lepas ini kita tidak sebilik lagi.
Pada saat itu,
Aku akan merindui kalian.
Aku akan merindui untuk bergelak tawa bersama.
Pasti sekali aku tersangat rindu untuk ‘drop’ korang.
Satu sem yang tidak berapa panjang sebenarnya telah Berjaya
membina berjuta kenangan di sebuah bilik yang tak seberapa besar ini.
Dan apa yang pastinya,
Aku cuba untuk tidak melupakannya.
Andai satu masa hadapan nanti kita terpisah,
Inshaallah akanku cuba mencari jejak jejakmu semula.
Akanku cuba mencari khabar berita kalian semula.
Pada waktu itu,
Aku pasti semuanya sudah Berjaya dengan kerjaya masing
masing.
Andai ditakdirkan tiada khabar tentang perihalku lagi,
Jangan lupakan aku.
Doakan yang terbaik untukku.
Maafkan salah silapku.
Maafkan keterlanjuran bahasa.
Maafkan segalanya.
Semoga suatu masa nanti mengizinkan kita untuk bersama
semula.
Barsama semula di tempat kekal abadi.
Di syurga.
Inshaallah aminn.
Terimaksih kerana hadir dalam hidup aku.
Terimakasih kerana menceriakan aku.
Terimakasih kerana sentiasa buatku tersenyum.
Terimakasih atas segalanya sahabat.
Semoga Berjaya didunia dan diakhirat.
Dan
Semoga sentiasa dirahmati Tuhan dan sentiasa dibawah
jaganNya.