Saturday, December 8, 2012

Pesanan Untuk Semua

written by jehanshrif on Saturday, December 08, 2012
Assalamualaikum.

Alhamdulillah , aku masih diberi kesempatan untuk meluangkan sedikit masa mengupdate blog.

Aku hanya mampu merancang , Allah yang menentukan.

Aku hanya mampu berdoa sebaik mungkin , dengan harapan ia menjadi yang terbaik.

Aku sentiasa berdoa , semoga suatu hari nanti aku dapat bertemu dengankau semula.

Andai aku menerima panggilan dari PenciptaKu.

Janganlah kau menangis kerana kau sedih akan kehilanganku. .

Sebaliknya kau perlu menangis gembira kerana Allah lebih mnyayangiku .

Engkau yang masih bernafas di bumi ini , teruskanlah melakukan tanggungjawabmu sebagai

seorang hamba yang lemah disisi Allah.

Jangan kau lupa tanggungjawabmu terhadap kedua ibu bapa mu.

Jadikan setiap saat itu penuh dengan melakukan ibadah.

Abadikan setiap kenangan dalam hidup ini.

Jika masa silammu itu sungguh hitam , jadikan ia satu iktibar

dan

rancang sebaiknya dengan mohon bersungguh sungguh kepada tuhannmu

dan

 berusahalah juga dengan bersungguh sungguh.

Setiap kesilapan yang engkau lakukan , perbaikilah dengan baik.

Ketahuilah bahawa Allah sentiasa melihat , mendengar mahupun mengetahui setiap apa yang kita lakukan.

Ringankan mulut untuk berbicara mahupun memohon maaf.

Ingatlah bahawa setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan


Okay aku sayang korang.

Tak kira sesiapa pon.

jaga diri dan maruah

okay byep

*just pesanan untuk semua manusia .

Dari : JEHANSHRIF :D

WASSALAM






0 ulasan:

Post a Comment

 

♕HAF STORY ♕ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea