Monday, March 12, 2012

~air bunga kekwa ~ (^_^)

written by jehanshrif on Monday, March 12, 2012


Sejarah
Pokok bunga kekwa ditanam di China sebagai pokok herba sejak abad ke-15 SMlagi. Nama Chu-Hsien, sebuah kota China yang kuno, bermaksud "kota bunga kekwa". Bunga ini diperkenalkan ke Jepun mungkin pada abad ke-8, dan Maharaja Jepun mengiktirafkan bunga ini sebagai mohornya. Terdapat juga "Perayaan Kebahagian" di Jepun yang meraikan bunga ini.
Bunga kekwa dibawa ke Dunia Barat pada abad ke-17. Bunga ini dinamakan olehCarolus Linnaeus daripada awalan bahasa Greekchrys-, yang bermaksud "keemasan" (warna bunga-bunga yang asal), dan -anthemon yang bermaksud "bunga".
Bunga kekwa juga digunakan sebagai lambang untuk bunga November.


Kegunaan

Penggunaan sebagai hiasan

Bunga-bunga kekwa yang moden jauh lebih menonjol berbanding saudara-saudara liarnya. Bunga-bunga ini mempunyai berbagai-bagai bentuk yang merupkan bunga daisi, perhiasan, pom-pom dan butang. Genus ini mengandungi banyak kacukan dan beribu-ribu kultivar yang diperkembangkan untuk tujuan hortikultur. Selain daripada kuning tradisi, warna-warna yang lain juga boleh didapati, seperti putih, unggu, dan merah. Kacukan yang paling penting ialahChrysanthemum × morifolium (syn. C. × grandiflorum) yang diterbitkan terutamanya daripada C. indicum, tetapi juga melibatkan spesies-spesies yang lain.
Daun-daun pokok bunga kekwa juga kelihatan seakan-akan rumpai mugwort, saudara rapatnya (sehingga rumpai ini kekadang digelarkan 'pokok bunga kekwa liar'), dan oleh itu, tidak amat digemari oleh pekebun profesional. Dalam sebilangan negara di Eropah dan Jepun, bunga kekwa melambangkan kematian dan hanya digunakan untuk upacara pengebumian atau kubur. Di Amerika Syarikat, bunga ini biasanya diperlihatkan dengan positif dan riang.

Penggunaan untuk masak-memasak

Bunga-bunga kekwa sering kalinya dimasak dengan air untuk menghasilkan apa yang digelarkan sebagai "teh bunga kekwa" (, pinyin: jú huā chá, dalambahasa Cina), sejenis minuman manis, di dalam sebilangan kawasan Asia. Teh bunga kekwa mempunyai banyak kegunaan perubatan, termasuk pemulihan daripada demam selesema.
Beberapa spesies Chrysanthemum coronarium (bahasa Inggeris: Garland Chrysanthemum) telah ditanam secara perdagangan di Asia Timur sebagaisayur-sayuran daun yang dikenali sebagai tung ho (bahasa Cina茼蒿pinyin: tónghāo) atau shungiku (bahasa Jepun: 春菊[シュンギク]).
Di China, daun-daun kekwa dimasak secara mudah dengan bawang putih dan cili kering. Sayur kekwa yang telah dimasak mempunyai warna yang tua, tekstur yang padat dan bermusilaj, serta bau yang harum dan kompleks.
khasiat air teh bunga menurut MW,
- kurangkan keletihan mata
- rawat jangkitan kulit

Bunga kekwa mengandungi bahan anti keradangan, antibiotik dan anti demam. Ia juga mengandungi alkaloid, minyak meruap, seskuiterpan, flavonoid, adenin, colin, stakidrin, krisentemin dan vitamin B1 (tak fhm da)

Bunga kekwa adalah herba menyejukkan dan bagi mereka yang mengalami demam panas, panas badan, sakit telinga dan sakit tekak disyorkan untuk minum air teh bunga untuk melegakan masalah tersebut.

Air rebusan bunga kekwa boleh digunakan sebagai losyen mencuci kulit , merawat pelbagai jenis kulit seperti bisul, bengkak di leher akibat tibi. Bunga yang ditumbuk halus pula bole ditampal pada luka.

Wap dari bunga kekwa boleh digunakan untuk merawat mata yang sakit atau kabur. Bagi mereka yang bekerja mengadap komputer, boleh meminum air teh bunga yg direbus sendiri bagi mengurangkn kesan sampingan radiasi tahap rendah dari skrin komputer.

Air rebusan bunga kekwa boleh merawat hati yang lemah,membaiki daya penglihatan,merangsang pengedaran dan kualiti darah, masalah penghadaman, sistem saraf, haid, buta malam, menghalang rambut beruban,ubat bronkitis,reutisme, sakit kepala,selsema, pening kepala, telinga berdesing, tekanan darah tinggi dan sebagai tonik.

Pakar perubatan cina mengesyorkan meminum air teh bunga 3 kali sehari dgn dos 200ml setiap kali minum.

nota; banyak khasiat rupanya air teh bunga ni, pertama ramdhan tahun ni air teh bunga di bazar ramadhan astaka kemaman memikat selera dan sememangnya best giler, jika sebelum ni teh bunga yoes je jadi pilihan tapi sekarang air teh bunga bazar ramdhan jd taruhan...hehe








inilah hasil air teh bunga yang aku buat kat rumah..
serius tak susah BTW sedap!!!
sila cuba dirumah yaa :)

0 ulasan:

Post a Comment

 

♕HAF STORY ♕ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea