ASSALAMUALAIKUM
sudah lama tidak membicarakan diri disini.
sudah lama aku berdiam diri.
kemana aku pergi?
sesungguhnya aku rindu pada diri aku yang lama.
tidak.
aku lebih suka dengan diri aku yang sekarang.
entahlah.
apa yang aku tahu,
diri aku tak pernah berubah dengan baik.
hanya pada mula sahaja berjalan dengan lancar.
lama kelamaan ia semakin perlahan.
kadangkala ia terus terhenti secara tiba tiba.
sungguh azamku tidak pernah tetap dan kukuh.
kegagalan yang sering aku rasai berulang kali,
serta penyesalan yang tiada akhirnya.
mengapa?
kerna........
sejujurnya aku percaya Tuhan itu wujud.
Aku percaya janji Tuhan itu pasti.
Aku percaya adanya dosa dan pahala,
neraka dan syurga,
syaitan dan iblis.
Ye aku takut pada Tuhan.
Ye aku hormat pada Tuhan.
tapi entah mengapa aku sering abaikan Tuhan.
sentiasa leka dengan hal keduniaan.
sesungguhnya kadangkala bila aku pikir semula,
kewujudan aku disini hanyalah membazir masa.
bazir masa dengan hiburan,
serta habiskan masa dengan perkara yang tak bermanfaat.
aku terlalu jauh dengan Tuhan sekarang ini.
walhal dunia semakin mendekati pengakhirannya.
aku sedar akan semua itu.
tapi kenapa hati aku tersangat keras mengalahkan kerasnya batu
untuk sujud pada Tuhan,
untuk patuh pada Tuhan.
sedangkan LIMA waktu yang mudah tu pun.
selalu lebuhhhhhh.
jadi,
sekalian manusia yang ada dimuka bumi ini.
jnganlah sesekali pandang aku seperti malaikat.
padanglah aku sehinanya.
kerna aku tahu,
betapa hinanya aku dimata Tuhan.
kini aku mengetahui mengapa Tuhan sering beri aku ujian,
kerna Tuhan sentiasa rindukan aku.
rindukan doaku kepadanya.
Ya Tuhan.
ampunilah hambamu yang hina ini.
sejujurnya hambamu ini juga selalu merinduiMu setiap masa.
maafkan aku Tuhan,
kerna sentiasa ingkar dengan arahanmu,
sesungguhnya aku tidak pernah melupakanmu setiap apa yang aku lakukan di dunia ini.
maafkan aku kerna beri kemenangan kepada iblis.
tidak aku salahkanMu,
tetapi hambamu yang salah kerna sifat malasku .
maafkan aku Tuhan.
-bersedialah manusia sebelum ajalmu tiba-